-sunyi entertaiment-
MengenaliMu, Ya Allah
Rasanya makin merindu
Yakin, itu sudah tidak pernah
Aku tanyakan pada diriku, kepada kalbuku
Rasanya makin merindu
Yakin, itu sudah tidak pernah
Aku tanyakan pada diriku, kepada kalbuku
Kerana sejak aku tahu
Mengenal kehidupan
Ketika masih belum mengaji
Mukadam dan Al-Quran
Aku sudah diberi kenal
Ada bintang
Ada bulan
Ada matahari
Dan awan
Ada yang menjadikan;
Mengenal kehidupan
Ketika masih belum mengaji
Mukadam dan Al-Quran
Aku sudah diberi kenal
Ada bintang
Ada bulan
Ada matahari
Dan awan
Ada yang menjadikan;
Begitu aku terasa
Tanpa bertanya
Aku ingin makna mendalam
Sudah ku terima kenyataan
Bahawa alam jagat
Tanpa bertanya
Aku ingin makna mendalam
Sudah ku terima kenyataan
Bahawa alam jagat
Dan seluruh makhluk ini
Ada yang menjadikan
CiptaanMu, Tuhan
Maha Pengasih Maha Penyayang.
Ada yang menjadikan
CiptaanMu, Tuhan
Maha Pengasih Maha Penyayang.
Berulang-ulang
Dalam hidupku diberi nafas
Berterusan menghayati nikmat
Makan minum dan tidur berehat
Maka dadaku penuh mengingati
NamaMu sentiasa di bibirku
Dan degup jantungku
Sentiasa mengingatiMu
Adalah tandaku
Dalam ikatanMu.
Dalam hidupku diberi nafas
Berterusan menghayati nikmat
Makan minum dan tidur berehat
Maka dadaku penuh mengingati
NamaMu sentiasa di bibirku
Dan degup jantungku
Sentiasa mengingatiMu
Adalah tandaku
Dalam ikatanMu.
Maka apabila aku diberi hayat
Di alam jagatMu
Bergerak, bekerja
Mencari makan dan
Bergaul dengan insan insan dan umatMu
Menjadi sebutan
Degup hatiku;
Di alam jagatMu
Bergerak, bekerja
Mencari makan dan
Bergaul dengan insan insan dan umatMu
Menjadi sebutan
Degup hatiku;
Dan apa
Dan bagaimana
Dan di mana
Aku berada
Aku sentiasa dikurniai
InayahMu, Ya Allah
Maka aku sentiasa mengingatiMu.
Dan bagaimana
Dan di mana
Aku berada
Aku sentiasa dikurniai
InayahMu, Ya Allah
Maka aku sentiasa mengingatiMu.
Maka dalam bersorak
Bergerak dan berteriak
Untuk apa
Untuk bagaimana
Aku tiba-tiba saja
Seperti digerak
Oleh suatu kuasa
Menyentuh dalam kalbuku
Maka aku menjadi terkelu
Mati teriak sorakku
Kerana nafasku
Terasa tinggal satu, satu.
Bergerak dan berteriak
Untuk apa
Untuk bagaimana
Aku tiba-tiba saja
Seperti digerak
Oleh suatu kuasa
Menyentuh dalam kalbuku
Maka aku menjadi terkelu
Mati teriak sorakku
Kerana nafasku
Terasa tinggal satu, satu.
Maka tahu aku, Ya Allah
Lonjak dan sorak
Gelak dan teriak
Bisa sekali lenyap
Dalam satu helaan hafas:
Ketika dalam kealpaan
Menghayati dalam kefanaan.......................................
Lonjak dan sorak
Gelak dan teriak
Bisa sekali lenyap
Dalam satu helaan hafas:
Ketika dalam kealpaan
Menghayati dalam kefanaan.......................................
+tenangkan lah hatiku...+
hasil karyaaa...hahahhahaha.. xpe..sila lah gelak..sbnrnye byk lagi..ade 3 drawing block..tp sume tertutp!hihihihihihi..... k la.. doakan esok saya NAJIHAH BINTI OTHMAN dpt jawab SENI dgn JAYA nye!!!...kah kah kah..! xbace lg...joh! out and bertapak!




boleh tahan..hee bakat terpendam nih...
ReplyDelete