-->

UglySwan.PrettyDuck


Tulips!(comey,xcomey blakang kire..yg penting b'wawasan~)


Thursday, 15 September 2011

siapa aku pdmu..mungkin teman~

sudah kutahu bulan itu tinggi,
namun aku masih mahu menggapainya,
kau umpama bintang bercahaya,
aku disini, dengan hati mekar berbunga,
melihat kemilau engkau.

mengapa dalam beribu,
engkau didepan mataku?
lihatlah kita berbeza,
kau tinggal dikayangan,
dengan diselimuti sutera,
sedangkan bumbung rumahku berlubang.

hatiku memilih engkau,
walaupun kau tidak pernah melihatku,
bahkan mungkin kau tidak mahu memandangku,
kerana perbezaan kita,
terlalu jauh.

haruskah aku meluahkan padamu sayang,
hanya pandangan pertama itu kau sudah dihatiku,
dapatkah aku menerima,
sekiranya kau tertawakan aku?
dimana harus aku pergi,
andainya kau menolakku?

maka aku dengan jalanku,
melihat engkau dari jauh,
merindui engkau dari jauh,
menyayangi engkau dari jauh.
Posted by UglySwan.PrettyDuck at 05:59
Email ThisBlogThis!Share to XShare to FacebookShare to Pinterest
Labels: cinta bkn cinta..tp wawasan

No comments:

Post a Comment

Newer Post Older Post Home
Subscribe to: Post Comments (Atom)

About Me

My photo
UglySwan.PrettyDuck
errkk!comey,xcomey blakang kire..yg penting berwawasan! ~gya is me,opcoz not u!~
View my complete profile

Search This Blog

HIDUP INI TIADA APA YANG SENANG, MELAINKAN LALAI..

Blog Archive

  • ►  2012 (14)
    • ►  July (1)
    • ►  June (1)
    • ►  April (1)
    • ►  March (3)
    • ►  February (4)
    • ►  January (4)
  • ▼  2011 (16)
    • ►  November (3)
    • ►  October (7)
    • ▼  September (2)
      • siapa aku pdmu..mungkin teman~
      • Revolusi raye aidilFitri~
    • ►  August (4)

Followers


http://widgetindex.blogspot.com/2010/01/super-junior-no-other.html. Awesome Inc. theme. Powered by Blogger.